iFAST Online Tuition ialah platform tuisyen online yang fokus membantu pelajar sekolah rendah dan menengah (Tingkatan 1–5) termasuk sekolah harian, SBP dan MRSM mencapai skor cemerlang A+ dalam peperiksaan.
Kami beroperasi sepenuhnya secara dalam talian dan memberi tumpuan kepada subjek teras seperti Matematik, Sains, Sejarah, Geografi serta subjek SPM utama seperti Add Math, Fizik, Kimia dan Biologi melalui kelas berkala serta program intensif khas cuti sekolah.
Di iFAST, kami percaya setiap pelajar boleh cemerlang jika dibimbing dengan cara yang betul. Sebab itu, modul pembelajaran kami disusun langkah demi langkah, dengan penerangan yang mudah difahami, latihan bertujuan (targeted practice) dan ulangkaji berfokus format peperiksaan. Kelas dikendalikan oleh tutor yang berpengalaman dan biasa mengajar pelajar MRSM, SBP dan sekolah harian, dengan gaya pengajaran yang santai tetapi padat supaya pelajar tidak mudah bosan. F
Misi Kami
Misi kami adalah untuk:
Membantu pelajar faham awal, bukan hanya belajar saat akhir.
Meningkatkan keyakinan pelajar melalui bimbingan berterusan dan sokongan mesra.
Menjadi rakan belajar kepada ibu bapa dan pelajar dalam perjalanan menuju keputusan cemerlang.
Kenapa Pilih iFAST Online Tuition?
Fokus Skor A+ – kelas dan latihan disusun mengikut keperluan peperiksaan sebenar.
Program Khas Cuti Sekolah – pakej intensif semasa cuti sekolah untuk boost prestasi pelajar dalam masa singkat.
Sesuai Untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah – merangkumi pelajar sekolah harian, SBP dan MRSM.
Di iFAST Online Tuition, matlamat kami mudah: bantu anak anda belajar dengan lebih seronok, lebih yakin dan lebih bersedia untuk peperiksaan – dari mana sahaja mereka berada.